Wednesday 10 June 2015

MENGAPA?

Sedih n rasa gagal.Gagal untuk ape? Untuk menjadi khalifah Allah yang mampu membimbing hambaNya ke jalan yang benar. Ya walaupun diri sendiri tidaklah baik mana, but i will try to.

Sedih dan kecewa
Bila tengok kau sahabat2 di laman2 sosial
Gambar terpampang di merata2
Ya aku pun tidaklah baik mana
Hanya mampu melihat dari jauh
Mengingat semula masa kita bersama

Kini kita semua telah dewasa
masing2 telah memikirkan siapakah yang akan dimilikinya
Namun mengapa sahabat,
Cara itu yang kau pilih?
Gambar si dia yang kau letakkan di instagram
caption sweet2 kau tuliskan untuknya
adakah kau jamin n janji dia kau punya?
Memang kau akan nikahinya?
Pasti?

Fikirkan sahabat,
dunia bukan kita punya
Masa depan bukan kita penentunya
Masa bukan kita pemutarnya
hati bukan kita pemiliknya
jiwa bukan kita penciptanya
cinta juga bukan untuk si dia yang kita tak tahu siapa dia untuk kita sebenarnya

tak sedarkah kau?
Berapa banyak dosa kau kutip
dengan memaparkan gambar2 si dia?
Turut menyumbang dosa kepada orang lain 
yang turut tanpa sedar menyokongmu?
Berapa banyak titik hitam
apabila kau sering mengingati si dia dalam ingatan
melebihi si Dia yang Maha Pencipta.

Aku penyibuk??
Kau marahkan aku??
Aku sedar aku bukan sesiapa
tapi aku cuba untuk menjadi salah seorang umat
yang mampu membawa sahabatnya
kepada yang lebih baik
aku sedar aku bukan sesiapa
tapi hati aku luluh melihat korang bermesra2
di laman sosial yang luas penaklukannya
aku sedar aku bukan sesiapa 
tapi sedarlah sahabat bahawa kita hidup tak lama
di dunia yang kini jelas usangnya

Ya Allah, moga kau pelihara
diriku dan mereka
dari hasutan syaitan dan nafsu durjana
Yang sentiasa tak putus asa untuk menakluk dunia
menguasai manusia yang kini sering leka
dengan nikmat yang kau limpahkan
dari hari ke hari tanpa perhentiannya
kuatkan aku dan mereka 
untuk terus bangun menakluk dunia
demi Islam dan ummah
yang kini makin lemah dan terseksa
melawan musuh yang kian membara
meniup apinya ke seluruh pelusuk hati musuhnya


Sekian penulisan tentang hati yang kini tak mampu nak ungkapkan apa. Moga hati ini terus utuh n kukuh untuk menegakkan syiarNya.  Bangkit untuk menegur mereka. Kau lembutkanlah hati mereka ya Allah untuk menerima kebenaran, Aamiin. Moga kita sahabat2 sama2 utuh di jalanNya in shaa Allah. SENYUM SELALU :)

No comments:

Post a Comment