Monday 26 January 2015

PENGEMBARAAN




Lima bulan berlalu, Malaysia ditinggalkan
Rindu, ya semestinya rindu diluahkan
Rindu akan keluarga suasana dan kawan-kawan
Seringkali aku di sini mengimbau kenangan
ketika berada di Malaysia yang amat dicintakan
Manakan boleh lupa segala pahit manis yang dirasakan
Tentu aku tidak bisa melupakan
Moga kau Malaysia sentiasa dirahmati Allah diberi perlindungan

Namun, pengembaraan baru sahaja bermula
Tidak sesekali aku berfikir untuk putus asa
Sentiasa memohon pada yang Maha Esa
Apabila hati ini mula membisikkan kata-kata yang meluluhkan jiwa
Di sini, pelbagai coretan hidup ditanda
Dengan rakan-rakanku yang sentiasa ada bersama
Finance ladies terukir itulah nama kita
Aku, naaimah, aqilah, awfa, atiqah, syaima, hanees adalah ahlinya
Susah senang diceritakan tak kira masa
Moga ukhuwah kita kekal hingga ke syurga
Itu doaku kepada Rabb yang Maha Kuasa

Banyak kerenah manusia di bumi yang luas ini
Ada yang cepat marah dan ada juga yang tersenyum tunjukkan gigi
Entahla, aku kadang-kadang tak pasti
Mana yang benar dan mana yang perlu dilarikan diri
Bumi yang penuh dengan sejarah islami
Banyak tempat yang perlu dilawati
Agar kita dapat mengambil pengajaran dan peringatan untuk diri
Memberi kebaikan untuk kehidupan ukhrawi
Namun, masyarakat di sini seakan-akan tuli
Tentang kelebihan yang mereka perolehi
Akhlak mereka tidak melambangkan islam yang terpuji
Aduh, sedihnya diri ini
Setiap kali kaki melangkah pergi
Mendepani hidup yang semestinya realiti

Aku terus melangkah tanpa lesu
Berdoa setiap kali keluar melepasi pintu
Berharap agar Allah sentiasa memberi restu
Serta redha dalam setiap langkahku
Aku terus melangkah tanpa lesu
Merangkak tabah mencari ilmu
Yang ternyata bukan sahaja di dalam buku-buku
Di bumi syam yang mulia tentu
Moga hari-hariku dirahmati selalu

senyum selalu :)


No comments:

Post a Comment