Sunday 12 October 2014

CINTA

                                                                       Bismillahirrahmanirrahim...
Semoga penulisanku ini mendapat rahmat yang Maha Esa...
In shaa Allah

Sekarang ni dah masuk sebulan satu minggu aku  berada di bumi jordan.. bumi barakah.. hati ni sudah mula untuk menerima keberadaan diri sendiri di bumi ini walaupun pada mulanya agak berat dan sering tertanya-tanya.. namun pesanan yang disampaikan oleh rakan sebilikku yang turut didengar dari kakak mentornya " galilah ilmu yang berada di bumi jordan ni, bumi yang penuh barakah bukan pada penduduknya tapi pada muka bumi ini sendiri.. so ambillah peluang ni dan jangan jadikan diri kita sia2 di sini " n alhamdulillah aku cuba untuk menghayati isi kata2 itu.. Ya!! Allah lebih mengetahui mengapa kita di sesuatu tempat itu..(pesanan kakak usrahku) moga diri ini turut dilimpahkan rahmat dan barakah dariNya.. makbul doa?? Alhamdulillah semua makanan yang aku ingin lalukan di perutku menjadi kenyataan sewaktu raya aidiladha.. alhamdulillah.. sujud syukur jangan lupa yaaa..... hehe.. 

Hmm.. sebenarnya ape yang ingin dikarang ialah about... 
CINTA
Uuu.. C.I.N.T.A.
Bismillah.. tentunya cinta Allah adalah yang utama. Tiada yang dapat menyangkalnya.. tapi kali ini bukan cinta itu yang ingin ku kupaskan. Tetapi cinta manusia sesama makhluk sejenis dengannya.. siapa lagi??? kitalaaaaaaaa.... 

Ghaliban. Hati siapa yang tidak pernah tertarik dengan dengan orang yang berlawanan jantina dengannya. Semestinya pernah dialami oleh setiap orang kerana itulah lumrah yang diciptakan Allah untuk hamba2Nya . Namun perlukah cinta itu diluahkan pada mereka yang tidak perlu?? Mesti tahu kan jawapannya.. semestinya TIDAK!! perlulah ia dizahirkan kepada orang yang terbaik untuk kita dengan cara yang terbaik pada waktu yang terbaik kepada dengan petunjuk yang Maha Kuasa. 

Hmm. Siapa yang terbaik untuk kita?? Haa. Petunjuk Allah itu sangat perlu. Pernah aku dengar di kaca tv dulu, mungkin orang yang paling baik itu tidak semestinya yang terbaik untuk kita. Oleh itu, solat istikharah itu perlu kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui siapa si dia...
Waktu bila?? Waktu apabila kita bersedia memikul tanggungjawab yang berat itu dengan ilmu yang cukup di dada untuk memikul amanah yang seterusnya.bukan boleh bile2 je nak senang bercinta ni.
cara yang terbaik? Melalui wali adalah cara yang terbaik. Bukan boleh pick je suka hati. Gunalah cara yang paling terhormat untuk mendapatkan seseorang itu.. 
Aduh!! Banyak plak bende nak kene buat... haa.. x banyak pon andai memang takdir Allah waktu itu yang terbaik untuk kita meneruskan hidup dalam fasa yang seterusnya. Tapi dengan syarat.. sentiasalah berusaha untuk menjadi yang lebih baik. In shaa Allah andai waktu itu sesuai untuk kita, Allah pasti akan mempertemukan kita dengan si dia yang entah siapa sebenarnya...

oleh itu, para lelaki di luar sana janganlah senang2 mempermainkan wanita2 di luar sana kerana mereka sebenarnya memerlukan bantuanmu untuk bangun.. dan wanita2 di luar sana janganlah senang2 menyerahkan diri anda kerana sebenarnya si adam itu juga memerlukan bantuan kita untuk terus menjauhkan diri dari lembah yang bahaya ini.. tapi janganlah biarkan diri ini terlalu rasa dikongkong.. biarlah profesional dalam muamalat..kerana kita sebenarnya saling memerlukan dalam beberapa kerja dan urusan...

Ustaz aku pernah pesan.. janganlah kita sebok mencari tapi biarlah kita sebok menjadi. Kerana apa?? Mencari itu hanya akan menghabiskan masa kita tapi menjadi bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada diri kita sahaja malah kepada orang lain juga. In shaa Allah.. 

" macam mana ni? Aku suka sorang budak ni..." 

heeee... doalah kepada Allah moga hati, iman dan cinta kita kepada Dia sentiasa terpelihara. Jangan sampai kita lebih mengingati si dia berbanding Dia. Pernah aku baca, cinta kepada seseorang bukanlah dengan mengingatinya dalam hati dan minda tetapi dalam doa kita....
Hahah. Bila aku cakap pasal benda2 ni depan kawan aku mesti dorang cakap aku ni macam ada pengalaman.. rase nak tergelak. Bukan pengalaman yang mengajar aku tentang semua ini tapi pengajaran dari kisah orang lain yang mengajarku.. orang yang rapat denganku. Kakak aku yang sangat disayangi.. LOVE YOU SISTER !! I will always be behind you. Support you n give you strength in shaa Allah... i pray the best 4 you n ur future..

YA ALLAH.. KAU PELIHARALAH HATIKU, IMANKU DAN CINTAKU KEPADAMU.. ANDAI DIRI INI MELUPAKANMU, KAU SEDARKANLAH DIRI INI. MOGA AMALAN DAN AKHLAKKU SEMAKIN MENINGKAT KE ARAH KEBAIKAN... AAMIIN.. DOAKAN SAYA YEEE... :)